Thursday, July 12, 2012

Tips Menjadi Suami Yang Baik




*semoga menjadi amalan pada para suami@bakal suami semua. amin.
*enjoy :)

fajridil.blogspot.com - Berikut adalah beberapa petua untuk menjadi suami yang baik :

1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda 
tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah 
pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif 
dan istimewa.

4) Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

5) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, 

isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila 
sampai ke rumah.

6) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia 

apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual 
dengan isteri setiap hari ?

7) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang 

ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila 
mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. 

Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam 

perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa 
dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

10) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati 

semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. 
Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

11) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama 

adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

12) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan 

beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

13) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat 

menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

14) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai 

suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. 
Mana adil ?

15) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan 

tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan 
cakap tak serupa bikin.

16) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. 

Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut 
dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

17) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan 

peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

18) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh 

kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja 

ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. 
Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

20) Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.

21) Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

22) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan 

endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya 
ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

23) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan 
isteri mudah masuk syurga.

24) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan 

sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, 
bingung, hiba dan memberontak.

25) Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam 

rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi 
mendapat hikmah.

26) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi 

khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. 
Elakan kesilapan ini.

27) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon 

ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang 
fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

28) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, 

penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan 
iman dan takwa.

29) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah 

diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami 
cemerlang, isteri akan gemilang.

30) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah 

dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan 
kepada keluarga.

31) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, 

bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

32) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba 

hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang 
menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

33) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad 

amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada 
pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

34) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli 

keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan 
memilih penyelesaian yang optimum.

35) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati 

dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan 
dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

36) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap 

perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan 
amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

37) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. 

Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. 
Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

38) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga 

berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

39) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan

 apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati 
ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

40) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru 

ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas 
sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

41) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik 

tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat 
dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

42) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, 

lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, 
pujian dan memberi hadiah.

43) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri 

sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya 
khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

44) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat 

kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, 
tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

45) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. 

Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami 
akan bertambah bahagia.

46) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri 

bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu 
sekarang. Pasti hebat kesannya.

47) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan 

pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho 
dengan saksama.

48) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti 

senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada 
bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

49) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak 

batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan 
lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

50) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat 

sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu 
bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

51) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. 

Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin 
juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam
 rumah serupa.

52) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, 

berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, 
tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
adiWidget